CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

06 December 2009

Bila Mencintai...

Bagi mempertahankan cinta yang dibina seharusnya ada pemahaman yang jelas tentang cinta...Baik yang tersurat mahupun yang tersirat...Oleh itu, untuk kamu yang belum memahami berikut adalah fakta tentang cinta...


Cinta bukan sekadar perasaan menyayangi semata-mata, tetapi apayang lebih penting adalah harus juga ada keikhlasan kerana perasaan menyayangi itu boleh datang dan pergi begitu sahaja...Cinta juga tidak akan berakhir kerana memang cinta tidak harus berakhir...
Cinta tidak akan indah jika pasangan tidak mampu menjadi sahabat bagi pasangannya...Kekasih terbaik adalah sahabat terhebat...
Jangan pernah takut untuk jatuh cinta kerana akan terasa sakit saat kamu diabaikan ataupun kamu sendiri yang menyebabkan rasa sakait itu tercipta...Jangan terlalu mengikuti kata hati kerana akan membuat kamu semakin terluka dan terus menerus menangis merenungi rasa sakit itu...
Saat mencintai seseorang, jangan pernah berharap si dia akan mencintai kamu seperti kamu mencintainya...Kerana salah seorang dari kamu pasti akan memberi lebih seorang lagi kurang...
Ketika kamu mencintai seseorang, jangan pernah mengharapkan balasan...Jika kamu memikirkan hal tersebut, kamu bukan mencintai tetapi cuba untuk mengharap sesuatu...
Cintailah seseorang seperti sungai yang akan mengalir selamanya...Kerana jika kamu mencintai seseorang seperti bunga, bunga akan mati saat musim berganti...
Saat mencintai seseorang, kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan...Bukan cinta andai ianya hanya bahagia...
Sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan...Kerana cinta tidak datang dari mulut danlidah ataupun fikiran seseorang, tetapi lahir dari hati yang paling dalam...

0 comments: